cth cth cth cth
Monday / 5:52 PM / 0 comment
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Contoh karangan yang aku rembat dalam Mrs.Google untuk MARA !
cth je tau ,,, cth jee ,, Seriously ... Serius talk ! Ahhhhh!! (merengjappp)

Saya Muzaim Bin Mansor berumur 22 tahun dan lahir pada 25 Oktober 1990 di Sandakan Sabah. Saya merupakan anak yang sulong daripada enam orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan, Sabah dari Darjah 1 hingga Darjah 6 . Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Desa Kencana  sehingga ke Tingkatan 5. Tamat sahaja pengajian SPM, saya menyambung pelajaran di Management & Science Universiti dan telah mengambil Diploma Makmal Perubatan selama tiga tahun. Tamat sahaja pengajian, saya bercadang untuk menyambung taraf pendidikan ke ijazah. Mengenai latar belakang keluarga, ayah saya bekerja sebagai pegawai ladang FELDA manakala ibu saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan saya anak sulong, tiada salah seorang dari adik-beradik yang bekerja.
Kini, saya ingin melanjutkan pelajaran di Management And Science University (MSU) Shah Alam dalam Bachelor In Biomedical Science. Saya amat berminat dengan bidang ini kerana gemar dalam mata pelajaran sains. Subjek yang ditawarkan agak mencabar dan saya anggap itu sebagai satu cabaran. Selain daripada subjek, saya memang berminat untuk bekerja di dalam Hospital. Setelah mendapatkan ijazah dengan keputusan cemerlang, saya akan cuba berazam untuk melanjutkan pelajaran Bachelor in Surgery and Medicine (MBBS) di luar negara. Itu adalah harapan dan matlamat saya yang ingin saya kecapi.
Selain dari melanjutkan pelajaran, jika saya telah menamatkan pelajaran saya di Management And Science University dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang akan saya belajar. Saya akan mencari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk menyara kehidupan keluarga. Saya juga akan berbakti dan bekerja di dalam Malaysia memandang profession sains dan kesihatan amat diperlukan didalam negara.
Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.